Perkhidmatan Galeri  
 
"Kami mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam merakamkan foto & video perkahwinan pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia"
 
 

Merakam detik indah...
adalah kemestian kepada mereka yang mampu. Pengalaman kami merakam foto & video perkahwinan pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia mematangkan kami mengenai adat perkahwinan di negara kita. Sejak lebih 15 tahun lalu, kami telah menjelajahi dipelusuk negeri hingga ke Sabah & Sarawak bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Perkahwinan Melayu merupakan masjlis yang paling kerap kami rakam menerusi lensa kamera. Ianya dipenuhi dengan pelbagai adat mengikut negeri-negeri. Ada yang mengenakan tol, berbalas pantun dan pelbagai lagi. Mulai dari upacara merisik, meminang, seterusnya bertunang sehinggalah kepada hari persandingan. Pernikahan merupakan yang paling utama menandakan berakhirnya zaman bujang.

Upacara pernikahan... sama ada dilakukan di masjid mahupun di rumah, adalah agenda utama yang perlu dirakam dalam bentuk foto dan juga video. Pasangan sering menghadkan rakaman ini kerana berpendapat ianya kurang menonjol dalam album perkahwinan mereka, malah gambar potret yang sering diutamakan. Perlu diingatkan bahawa pernikahan adalah perkara wajib yang terpenting dalam sebuah perkahwinan. Anda masih boleh mengambil gambar potret perkahwinan dengan memperagakan pelbagai pakaian sebelum atau sesudah majlis perkahwinan berlangsung.. sedangkan pernikahan hanya sekali.

Itulah sebabnya kami akan menerangkan kepada pengantin baru bagaimana hendak mencorakkan album perkahwinan mereka. Kami biarkan mereka mengolah jalan cerita dan berbekalkan segala pengalaman, kami menjadikan ia dalam bentuk memori yang dapat diabadikan hingga ke akhir hayat, juga buat tatapan generasi akan datang.

 
 

10-1F, Jalan AU 1A/4F, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur.
Hubungi: 012-621 2860/ 016-316 1930 ( Ismail Jazlan)
aljazlan@gmail.com