Laman Utama Galeri  
 
"Kami menawarkan perkhidmatan fotografi, videografi, audio visual dan cetakan kad untuk segala jenis majlis"
 
   

PANDUAN HARGA PERKHIDMATAN

Harga Asas Fotografi RM600-RM1200
- 100-300pcs 4R
- Album gambar

Perkhidmatan Tambahan
- Pembesaran 16X20 ke atas
- Story Album
- Photo DVD (music)

Harga Videogafi
1 kamera: RM1200-RM1600 (majlis penuh).
Lebih dari 1 kamera: RM1800 ke atas.
*Harga termasuk kerja penyuntingan (editing multi layer effect)

Perkhidmatan Tambahan
- Video montage (Gambar kecil hingga pertunangan utk tayangan Majlis berlangsung)
- Sewaan LCD projector, PA System

LATAR BELAKANG ISMAIL JAZLAN (Pengasas AJ Creative)

I. Jazlan, lahir pada tahun 1967 di Ipoh. Mula memegang kamera sejak berumur 2 tahun atas dorongan bapanya, seorang guru yang hobinya merakam gambar sejak awal 30an. Datuknya juga seorang guru banyak merakam gambar untuk tatapan generasinya hingga kini. Koleksi gambar tersebut kini disimpan dalam bentuk Foto CD dan pastinya akan kekal buat tatapan generasi akan datang.

I. Jazlan, kehidupannya berlatarbelakang seni, berkebolehan bermain instrumen muzik, menulis skrip dan melukis. Kesemua ini digabungkan bersama kreativitinya melakar dan menggubah imej fotografi dan videografi anda.

Sikap peramahnya yang semulajadi serta personaliti yang sederhana membuatkan anda susah merasa tidak selesa bila berhadapan lensa kameranya.

Beliau berkerjasama rapat dengan pelanggan bagi memenuhi kehendak mereka, dari konsep yang dihajati sehinggalah kepada perancangan bagi menghasilkan album yang dihajati.

Imej rakamannya menggambarkan luahan hati, perasaan dan citarasa pelanggan. Inilah yang membezakan album setiap pelanggannya. Sebenarnya luahan naluri anda yang mencorakkan memori tersebut.

Hanya kemahiran serta pengalaman bertahun-tahun yang dapat memberi kepuasan dan memori terbaik untuk tatapan keluarga, saudara mara, sahabat handai bahkan anak, cucu dan cicit serta generasi anda.

 

   
 

10-1F, Jalan AU 1A/4F, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur.
Hubungi: 012-621 2860/ 016-316 1930 ( Ismail Jazlan)
aljazlan@gmail.com